Sekarang ni konsep 1 Malaysia memang tengah hangat.. Melalui iklan2 kat media, Kak Naz rasa Kak Naz dapat cekau apa yg cuba nak disampaikan oleh PM Najib.
Dah..dah..Kak Naz tak nak cerita pasal 1 Malaysia versi PM Najib tapi nak kongsi secebis pengalaman hidup Kak Naz yg dah lama hidup dgn konsep tu..
Masa kecik dulu, Kak Naz tinggal dirumah yg majikan ayah sediakan. Rumah tu kepunyaan seorang nenek dengan ibunya yg kami panggil moyang. Mereka tinggal berdua ditemani kucing2 yg setia dan dijaga anjing2 liar yg dgn sukarelanya berjaga diluar rumah pada malam hari.. Bila waktu malam tiba...nenek akan buka lantai rumah beliau dan biasanya nasi bergaul dgn lauk yg dimakan pada malam tu diletakkan atas surat khabar dihulur ke bawah melalui lubang tersebut. Sebaik shj bungkusan tersebut mencecah tanah, nenek cepat2 tutup papan lantai dan akan kedengaran bunyi deraman anjing2 tersebut yg rakus menikmati makan malam mereka.. Camner Kak Naz tau sumer nih?? Heeee..sebab Kak Naz selalu makan malam disitu (masakan nenek memang masakan Melayu Asli yg paling enak!!) dan kadang2 bermalam sekali (kes dah overload makan malam dan tak larat nak jalan balik rumah, pastu laung melalui tingkap jer bagi tau emak) .. Aish!! Macamana Kak Naz boleh belok sampai cita bagi makan anjing pulak nih..??
Okey, balik ke konsep 1 Malaysia. Nenek tadilah yang menyemai semangat 1 Malaysia pada Kak Naz..bayangkan konsep tu dah lama Kak Naz tau...sejak 32 tahun lalu! Melalui Nenek Esah, kami kenal Uncle Murugesu (juga 'jaga' dikilang ayah berkerja), anak2 beliau Kak Krishna Veni (beliau dan keluarga jadi jiran kami setelah uncle Syed pindah) dan Palani (dia lumpuh/polio tp sentiasa gigih berusaha untuk berjalan), suami Kak Veni.., Abg Rajan, anak2 mereka Indran, Chandran@Kissy, Boboy.. Auntie isteri baru uncle.. Rani, Mani, Shella dan adik lelaki beliau juga sahabat baik kami disekolah..Sama2 jalan kaki.. Mereka kami anggap saudara sebab sama2 berkongsi susah senang.. Tapi dalam masa yg sama, masing2 menjaga sensitiviti agama masing2. Kak Veni fasih berbahasa Melayu dan kalau tutup mata dgr dia cakap tentu tak sangka di bukan Melayu. Nenek pulak fasih berbahasa tamil. Nenek sering mengingatkan Kak Naz supaya hormat bangsa lain.. Nenek tak pernah cakap dgn mereka dgn lenggok Tamil, nenek guna bahasa melayu dan lenggok bahasa Melayu. Kata Nenek macamana mereka nak fasih kalau kita pulak cakap lenggok tamil.. Nenek juga ada kawan rapat nama Auntie Radha dari KL. Kalau dapat tau Auntie Radha nak datang melawat, nenek dah mula semnggu lebih awal untuk masak wajik kegemaran auntie dan Kak Naz lah yg jadi assistant chefnya.. (Wajik nenek tiada tandingan sehingga kini!! Yumyum!!) Begitulah sayangnya Nenek pada auntie Radha.. Tp Kak Naz lupa macamana Nenek boleh rapat dgn Auntie Radha yg kat KL..Aiseh!!
Selain Uncle dan Auntie yg Kak Naz buat contoh kat atas tu..Ada ramai lagi, tapi Kak Naz tak dpt nak share semua.. Oh ya! Nenek juga ada best friend bangsa Cina yg Kak Naz panggil ASO. Masa kecik, Kak Naz ingat ASO tu nama rasmi dia.. rupanya bila dah besar baru tau yg ASO tu adalah panggilan yg sama macam 'makcik'..Aso ni rutin harian dia ialah pergi ke kampung2 untuk meraih produk2 kampung untuk dijual di pekan dan dia akan bawak barang2 di pekan untuk penduduk kampung. Dgn basikal tua dan bakul rotan besar bertenggek di'carrier', beliau akan meraih apa2 sahaja hasil tani.. Belacan, pisang, ubi, sukun etc.. Dan setiap kali sebelum balik/atau on the way nak meraih, beliau pasti menjengok nenek, bertanya kabar, bertukar2 cerita dan memberi nenek sayuran percuma atau mengambil pesanan untuk dibeli dipekan.. Bila raya Cina tiba, dia akan beli perkakas memasak kuih bakul yg baru supaya kami dapat makan kuih bakul tanpa was-was. Nenek pulak pandai mengubat, jadi sinseh pada Aso pun iya jugak..Sikap toleransi, hormat menghormati dan tolong menolong antara kaum dah lama Kak Naz serap dari Nenek.. Eh, bila masa dan cam ner Kak Naz serap semua nih..? Gini ceritanya..rumah Kak Naz agak jauh dari rumah orang lain, so rumah Neneklah tempat kami bertandang hari2.. Pulaknya nenek jenis yg tak henti2 bercerita pasal kisah hidup orang dulu2.. Kisah zaman jepun..Kisah dia kecik2..Tak henti2 bagi moral of the story dihujung cerita..Sapa yg kenal nenek mesti setuju yg nenek susah nak berhenti bila dah mula bercerita.. Nenek ibarat mentor cum best friend sejak Kak Naz darjah 1 lagi..
Actually Kak Naz boleh buat buku kalau nak cerita pasal live nenek sbb dia sangat berkemahiran dalam pelabagai bidang..Memasak, bertukang, menjahit, bercucuk tanam, faham bahasa burung dan kucing, kraftangan, main akodian dan mcm2 lagilah.. pendekata.. I'M PROUD OF HER AND LOVE HER SO MUCH! Al Fatihah untuk roh beliau..
Sebelum blog bertukar menjadi novel, Kak Naz nak stop dulu.. Byk lagi pengalaman nak dilontarkan..Sambung siri lain pulak..
Alhamdulillah, sehingga kini Kak Naz tak kekok akrab dgn sahabat bangsa lain dan kebetulan di jabatan Kak Naz, konsep tu memang terbentuk dgn sendiri.. Gurls and Guys! You know who you are!! (Ceh Ceh, mari perasan sendiri..Sebenarnya diorang tak tau pun blog ni wujud..hehe)