Thursday, August 27, 2009

Miscellaneous@August

Merdeka.. merdek..merd!!
Ogos dah hampir berlalu.. Kak Naz belum kibar jalur gemilang lagi.. Entah kat mana silapnya, aura 31 Ogos memang Kak Naz tak rasa langsung.. Adakah sebab BN kalah kat Selangor? Adakah sebab tahun ni tahun terakhir Kak Naz berada diusia 30an..?? Adakah sebab kerajaan tak promote??? **nak jugak salahkan kerajaan ** Entah...



Selamat Ulangtahun Kelahiran!!! [Fuh!!penuh mulut menyebut!!]
Bulan 8 juga ada ahli keluarga dan sahabat handai sambut ulangtahun kelahiran..

Ayah, Yati - 9hb
Linda, Florence, Ding Bing Yun - 14hb
Noreen - 2hb
Vino - 23hb

Florence, Noreen - sorry coz I forgot to wish you on your birthdays. Kak Naz memang ingat tapi ingat awal sangat.. Tau2 dah miss!




So long farewell..!
Khoo left us for a better opportunity..
Kak Naz kehilangan staff yg bagus.. Anyway, good luck to you!



Ramadhan Kareem..
Macam tahun2 lepas, Kak Naz memang excited tunggu Ramadhan.. Setiap tahun jugak Kak Naz tanam azam nak improve amal ibadah.. Ikut pengalaman lalu, azam tu membara minggu pertama jer.. Lepas tu padam sikit2 dan lepas tu menyesal sebab dah tak boleh rewind masa dan kena tunggu pulak 11 bulan akan datang utk bertemu Ramadhan sekali lagi..Itu pun kalau Allah bagi kesempatan..Kalau tak, rugi tahap gaban [eleh..macam gaban tu hebat sangat, kan?]

Bezanya kali ni, Kak Naz buat jadual harian utk slot ibadah2 yg patut.. Tahun ni juga Kak Naz kembali berjemaah utk solat tarawikh (astaghfirullah.. jauhkan aku dari riak Ya Allah) setelah beberapa tahun solat solo kat rumah...



Raya oh raya..!!
Sebelum puasa Kak Naz dah tempah baju raya [ngalah budak2 excitednya].. Eh, tak..bukan excited cuma tak nak fikir persiapan raya sangat di bulan ibadah nih.. cehceh.. *poyo*. Tapi punya awal lah tempah sampai Kak Naz asyik lupa apa fabrik yg Kak Naz hantar kat Wanisyah Tailor.. Asal jumpa tokesoh Wanisyah mesti mintak dia bukak buku tempahan [alah..yg ada ukuran badan dan cebisan kain tuh..] Nampak sangat memori dah tak hebat zaman muda..*sedar diri jap*




H1N1
Pagi2 kat gate masuk kilang akan ada acara check suhu badan.. Kalau demam kena jumpa doktor.. Kadang2 rasa cam nak gelak bila diorang arah muncung thermometer ke dahi..Ala2 nak kena tembak gitu..Ngeri.

Tapi serius, memang H1N1 ni satu musibah@dugaan untuk kita semua.. Virus tu bila2 masa boleh hinggap kat kita.. Selain jaga kebersihan diri, elak tempat sesak dan cuci tangan sekerap yg mungkin, mohonlah pada Allah sebab DIA lah Maha Berkuasa.. Amalkan bismillah 5 pun bagus..Dah usaha, barulah tawakkal..




Apa ada pada nama??
Klise sangat ayat ni kan? Kak Naz nak kongsi cerita sikit pasal nama Kak Naz.. Masa kecik [sampai tahap penggal pertama sekolah darjah satu] Kak Naz tak tahu nama sebenar Kak Naz sebab Kak Naz ni orang gelar Kak Long.. Masa tu mati2 Kak Naz ingat 'Kak Long' adalah nama sebenar.. Aduyai.. semuanya jelas bila satu hari cikgu panggil ke depan untuk ambik report card. Berkali2 cikgu tu panggil tapi Kak Naz buat dek jer.. Bila cikgu dan kelas mate yakinkan Kak Naz baru Kak Naz gi ambik report card tu.."Laa, rupanya nama betul aku bukan Kak Long???". Masa tu rasa macam mimpi dan susah nak percaya! Balik rumah Kak Naz lari jumpa emak nak bagi tau yang nama sebenar Kak Naz bukan Kak Long..**Off course emak tak heran**.. Tak cukup lagi, terus pergi rumah Nenek Esah untuk bagi teka-teki terhebat hari tu. "Nek, apa nama betul Kak Long?? **dengan debaran sebab sangka nenek mesti tak tau jawapan**.. Jawapan nenek memang anti klimaks betul sebab nenek dgn lancar sebut nama betul Kak Naz.. HUAAA.. apsal Kak Naz tak tau nama sendiri selama nih? Camner orang lain boleh tau pulak??
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sambung lain kali...


Hahah..Tulah bila dah lama tak memblog tapi banyak benda nak kongsi tapi masa amat berharga, jadi stok terhad..inilah hasilnya.. Singkat dan padat..huahhuahhuah..

Friday, August 07, 2009

1 Malaysia.. from my perspective

Sekarang ni konsep 1 Malaysia memang tengah hangat.. Melalui iklan2 kat media, Kak Naz rasa Kak Naz dapat cekau apa yg cuba nak disampaikan oleh PM Najib.

Dah..dah..Kak Naz tak nak cerita pasal 1 Malaysia versi PM Najib tapi nak kongsi secebis pengalaman hidup Kak Naz yg dah lama hidup dgn konsep tu..

Masa kecik dulu, Kak Naz tinggal dirumah yg majikan ayah sediakan. Rumah tu kepunyaan seorang nenek dengan ibunya yg kami panggil moyang. Mereka tinggal berdua ditemani kucing2 yg setia dan dijaga anjing2 liar yg dgn sukarelanya berjaga diluar rumah pada malam hari.. Bila waktu malam tiba...nenek akan buka lantai rumah beliau dan biasanya nasi bergaul dgn lauk yg dimakan pada malam tu diletakkan atas surat khabar dihulur ke bawah melalui lubang tersebut. Sebaik shj bungkusan tersebut mencecah tanah, nenek cepat2 tutup papan lantai dan akan kedengaran bunyi deraman anjing2 tersebut yg rakus menikmati makan malam mereka.. Camner Kak Naz tau sumer nih?? Heeee..sebab Kak Naz selalu makan malam disitu (masakan nenek memang masakan Melayu Asli yg paling enak!!) dan kadang2 bermalam sekali (kes dah overload makan malam dan tak larat nak jalan balik rumah, pastu laung melalui tingkap jer bagi tau emak) .. Aish!! Macamana Kak Naz boleh belok sampai cita bagi makan anjing pulak nih..??

Okey, balik ke konsep 1 Malaysia. Nenek tadilah yang menyemai semangat 1 Malaysia pada Kak Naz..bayangkan konsep tu dah lama Kak Naz tau...sejak 32 tahun lalu! Melalui Nenek Esah, kami kenal Uncle Murugesu (juga 'jaga' dikilang ayah berkerja), anak2 beliau Kak Krishna Veni (beliau dan keluarga jadi jiran kami setelah uncle Syed pindah) dan Palani (dia lumpuh/polio tp sentiasa gigih berusaha untuk berjalan), suami Kak Veni.., Abg Rajan, anak2 mereka Indran, Chandran@Kissy, Boboy.. Auntie isteri baru uncle.. Rani, Mani, Shella dan adik lelaki beliau juga sahabat baik kami disekolah..Sama2 jalan kaki.. Mereka kami anggap saudara sebab sama2 berkongsi susah senang.. Tapi dalam masa yg sama, masing2 menjaga sensitiviti agama masing2. Kak Veni fasih berbahasa Melayu dan kalau tutup mata dgr dia cakap tentu tak sangka di bukan Melayu. Nenek pulak fasih berbahasa tamil. Nenek sering mengingatkan Kak Naz supaya hormat bangsa lain.. Nenek tak pernah cakap dgn mereka dgn lenggok Tamil, nenek guna bahasa melayu dan lenggok bahasa Melayu. Kata Nenek macamana mereka nak fasih kalau kita pulak cakap lenggok tamil.. Nenek juga ada kawan rapat nama Auntie Radha dari KL. Kalau dapat tau Auntie Radha nak datang melawat, nenek dah mula semnggu lebih awal untuk masak wajik kegemaran auntie dan Kak Naz lah yg jadi assistant chefnya.. (Wajik nenek tiada tandingan sehingga kini!! Yumyum!!) Begitulah sayangnya Nenek pada auntie Radha.. Tp Kak Naz lupa macamana Nenek boleh rapat dgn Auntie Radha yg kat KL..Aiseh!!

Selain Uncle dan Auntie yg Kak Naz buat contoh kat atas tu..Ada ramai lagi, tapi Kak Naz tak dpt nak share semua.. Oh ya! Nenek juga ada best friend bangsa Cina yg Kak Naz panggil ASO. Masa kecik, Kak Naz ingat ASO tu nama rasmi dia.. rupanya bila dah besar baru tau yg ASO tu adalah panggilan yg sama macam 'makcik'..Aso ni rutin harian dia ialah pergi ke kampung2 untuk meraih produk2 kampung untuk dijual di pekan dan dia akan bawak barang2 di pekan untuk penduduk kampung. Dgn basikal tua dan bakul rotan besar bertenggek di'carrier', beliau akan meraih apa2 sahaja hasil tani.. Belacan, pisang, ubi, sukun etc.. Dan setiap kali sebelum balik/atau on the way nak meraih, beliau pasti menjengok nenek, bertanya kabar, bertukar2 cerita dan memberi nenek sayuran percuma atau mengambil pesanan untuk dibeli dipekan.. Bila raya Cina tiba, dia akan beli perkakas memasak kuih bakul yg baru supaya kami dapat makan kuih bakul tanpa was-was. Nenek pulak pandai mengubat, jadi sinseh pada Aso pun iya jugak..Sikap toleransi, hormat menghormati dan tolong menolong antara kaum dah lama Kak Naz serap dari Nenek.. Eh, bila masa dan cam ner Kak Naz serap semua nih..? Gini ceritanya..rumah Kak Naz agak jauh dari rumah orang lain, so rumah Neneklah tempat kami bertandang hari2.. Pulaknya nenek jenis yg tak henti2 bercerita pasal kisah hidup orang dulu2.. Kisah zaman jepun..Kisah dia kecik2..Tak henti2 bagi moral of the story dihujung cerita..Sapa yg kenal nenek mesti setuju yg nenek susah nak berhenti bila dah mula bercerita.. Nenek ibarat mentor cum best friend sejak Kak Naz darjah 1 lagi..

Actually Kak Naz boleh buat buku kalau nak cerita pasal live nenek sbb dia sangat berkemahiran dalam pelabagai bidang..Memasak, bertukang, menjahit, bercucuk tanam, faham bahasa burung dan kucing, kraftangan, main akodian dan mcm2 lagilah.. pendekata.. I'M PROUD OF HER AND LOVE HER SO MUCH! Al Fatihah untuk roh beliau..

Sebelum blog bertukar menjadi novel, Kak Naz nak stop dulu.. Byk lagi pengalaman nak dilontarkan..Sambung siri lain pulak..

Alhamdulillah, sehingga kini Kak Naz tak kekok akrab dgn sahabat bangsa lain dan kebetulan di jabatan Kak Naz, konsep tu memang terbentuk dgn sendiri.. Gurls and Guys! You know who you are!! (Ceh Ceh, mari perasan sendiri..Sebenarnya diorang tak tau pun blog ni wujud..hehe)

Sunday, August 02, 2009

Lyrics - The Climb

I'd never really watched Hannah Montana@Miley Cyrus on TV. A glimpse, yes.. I don't bother to know her until I heard The Climb for the very first time and fell in love with it.Still haven't watched any TV series, Video or movie of her anyway..

Once, I only enjoyed the melody of a song. Lyric doesn't matter. However, a dear friend of mine, Ija, changed my perspective towards a song. I began to see the importance of a good lyrics. 'Good' is subjective though..

The Climb gives me the courage to move on considering the negative energy that surrounds me currently. Sounds pathetic kan?? It's true but definitely it came second after seeking comfort and guidance from Allah SWT The Almighty..


The Climb by Miley Cyrus

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the
other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith,


Good job lyric writer!