Showing posts with label Yakin boleh. Show all posts
Showing posts with label Yakin boleh. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

Congrates to all achievers!!

Firstly congrates to my brother Nasruddin who scored 7A 2B for his PMR. Gambar dia Kak Naz tak letak..takut dia tak rela..



Kak Naz diapit oleh adik2 yg set benchmark result PMR utk adik mereka..


Walaupun result tu tak seperti yang diharapkan oleh tuan punya badan, iaitu straight A macam Kak Q & Kak Yana, Kak Naz tetap bangga dgn results Nasrul. You already did your best dik! No more tension-tension, ok?! Ada peluang lagi score straight As masa SPM nanti, insyaAllah..Ehem, bab hadiah tu nanti along fikir cara terbaik sebab nanti Kak Q & Kak Yana protes.. Mungkin kena buat back-pay hadiah diorang jugak kot.. Sabar ek!

Team ICC company tempat Kak Naz berkhidmat pun succesful with flying colours dlm pertandingan antara anak2 syarikat J-corp..Tahniah!!

Pada anak buah Kak Naz Izzat Amin, tahniah walaupun dapat 2A 3B. You did your best but you know you could do better, right?



Amin mesti pakai topi tu satu hari nanti..

Bestnya bila dapat raikan kejayaan orang lain tapi Kak Naz sendiri terasa nak achieve something.. I can't recall when my last 'achievement' was and that make me feel like a loser *SIGH*..*ASTAGHFIRULLAH, TAK BAIK MENGELUH*

Friday, August 07, 2009

1 Malaysia.. from my perspective

Sekarang ni konsep 1 Malaysia memang tengah hangat.. Melalui iklan2 kat media, Kak Naz rasa Kak Naz dapat cekau apa yg cuba nak disampaikan oleh PM Najib.

Dah..dah..Kak Naz tak nak cerita pasal 1 Malaysia versi PM Najib tapi nak kongsi secebis pengalaman hidup Kak Naz yg dah lama hidup dgn konsep tu..

Masa kecik dulu, Kak Naz tinggal dirumah yg majikan ayah sediakan. Rumah tu kepunyaan seorang nenek dengan ibunya yg kami panggil moyang. Mereka tinggal berdua ditemani kucing2 yg setia dan dijaga anjing2 liar yg dgn sukarelanya berjaga diluar rumah pada malam hari.. Bila waktu malam tiba...nenek akan buka lantai rumah beliau dan biasanya nasi bergaul dgn lauk yg dimakan pada malam tu diletakkan atas surat khabar dihulur ke bawah melalui lubang tersebut. Sebaik shj bungkusan tersebut mencecah tanah, nenek cepat2 tutup papan lantai dan akan kedengaran bunyi deraman anjing2 tersebut yg rakus menikmati makan malam mereka.. Camner Kak Naz tau sumer nih?? Heeee..sebab Kak Naz selalu makan malam disitu (masakan nenek memang masakan Melayu Asli yg paling enak!!) dan kadang2 bermalam sekali (kes dah overload makan malam dan tak larat nak jalan balik rumah, pastu laung melalui tingkap jer bagi tau emak) .. Aish!! Macamana Kak Naz boleh belok sampai cita bagi makan anjing pulak nih..??

Okey, balik ke konsep 1 Malaysia. Nenek tadilah yang menyemai semangat 1 Malaysia pada Kak Naz..bayangkan konsep tu dah lama Kak Naz tau...sejak 32 tahun lalu! Melalui Nenek Esah, kami kenal Uncle Murugesu (juga 'jaga' dikilang ayah berkerja), anak2 beliau Kak Krishna Veni (beliau dan keluarga jadi jiran kami setelah uncle Syed pindah) dan Palani (dia lumpuh/polio tp sentiasa gigih berusaha untuk berjalan), suami Kak Veni.., Abg Rajan, anak2 mereka Indran, Chandran@Kissy, Boboy.. Auntie isteri baru uncle.. Rani, Mani, Shella dan adik lelaki beliau juga sahabat baik kami disekolah..Sama2 jalan kaki.. Mereka kami anggap saudara sebab sama2 berkongsi susah senang.. Tapi dalam masa yg sama, masing2 menjaga sensitiviti agama masing2. Kak Veni fasih berbahasa Melayu dan kalau tutup mata dgr dia cakap tentu tak sangka di bukan Melayu. Nenek pulak fasih berbahasa tamil. Nenek sering mengingatkan Kak Naz supaya hormat bangsa lain.. Nenek tak pernah cakap dgn mereka dgn lenggok Tamil, nenek guna bahasa melayu dan lenggok bahasa Melayu. Kata Nenek macamana mereka nak fasih kalau kita pulak cakap lenggok tamil.. Nenek juga ada kawan rapat nama Auntie Radha dari KL. Kalau dapat tau Auntie Radha nak datang melawat, nenek dah mula semnggu lebih awal untuk masak wajik kegemaran auntie dan Kak Naz lah yg jadi assistant chefnya.. (Wajik nenek tiada tandingan sehingga kini!! Yumyum!!) Begitulah sayangnya Nenek pada auntie Radha.. Tp Kak Naz lupa macamana Nenek boleh rapat dgn Auntie Radha yg kat KL..Aiseh!!

Selain Uncle dan Auntie yg Kak Naz buat contoh kat atas tu..Ada ramai lagi, tapi Kak Naz tak dpt nak share semua.. Oh ya! Nenek juga ada best friend bangsa Cina yg Kak Naz panggil ASO. Masa kecik, Kak Naz ingat ASO tu nama rasmi dia.. rupanya bila dah besar baru tau yg ASO tu adalah panggilan yg sama macam 'makcik'..Aso ni rutin harian dia ialah pergi ke kampung2 untuk meraih produk2 kampung untuk dijual di pekan dan dia akan bawak barang2 di pekan untuk penduduk kampung. Dgn basikal tua dan bakul rotan besar bertenggek di'carrier', beliau akan meraih apa2 sahaja hasil tani.. Belacan, pisang, ubi, sukun etc.. Dan setiap kali sebelum balik/atau on the way nak meraih, beliau pasti menjengok nenek, bertanya kabar, bertukar2 cerita dan memberi nenek sayuran percuma atau mengambil pesanan untuk dibeli dipekan.. Bila raya Cina tiba, dia akan beli perkakas memasak kuih bakul yg baru supaya kami dapat makan kuih bakul tanpa was-was. Nenek pulak pandai mengubat, jadi sinseh pada Aso pun iya jugak..Sikap toleransi, hormat menghormati dan tolong menolong antara kaum dah lama Kak Naz serap dari Nenek.. Eh, bila masa dan cam ner Kak Naz serap semua nih..? Gini ceritanya..rumah Kak Naz agak jauh dari rumah orang lain, so rumah Neneklah tempat kami bertandang hari2.. Pulaknya nenek jenis yg tak henti2 bercerita pasal kisah hidup orang dulu2.. Kisah zaman jepun..Kisah dia kecik2..Tak henti2 bagi moral of the story dihujung cerita..Sapa yg kenal nenek mesti setuju yg nenek susah nak berhenti bila dah mula bercerita.. Nenek ibarat mentor cum best friend sejak Kak Naz darjah 1 lagi..

Actually Kak Naz boleh buat buku kalau nak cerita pasal live nenek sbb dia sangat berkemahiran dalam pelabagai bidang..Memasak, bertukang, menjahit, bercucuk tanam, faham bahasa burung dan kucing, kraftangan, main akodian dan mcm2 lagilah.. pendekata.. I'M PROUD OF HER AND LOVE HER SO MUCH! Al Fatihah untuk roh beliau..

Sebelum blog bertukar menjadi novel, Kak Naz nak stop dulu.. Byk lagi pengalaman nak dilontarkan..Sambung siri lain pulak..

Alhamdulillah, sehingga kini Kak Naz tak kekok akrab dgn sahabat bangsa lain dan kebetulan di jabatan Kak Naz, konsep tu memang terbentuk dgn sendiri.. Gurls and Guys! You know who you are!! (Ceh Ceh, mari perasan sendiri..Sebenarnya diorang tak tau pun blog ni wujud..hehe)

Sunday, August 02, 2009

Lyrics - The Climb

I'd never really watched Hannah Montana@Miley Cyrus on TV. A glimpse, yes.. I don't bother to know her until I heard The Climb for the very first time and fell in love with it.Still haven't watched any TV series, Video or movie of her anyway..

Once, I only enjoyed the melody of a song. Lyric doesn't matter. However, a dear friend of mine, Ija, changed my perspective towards a song. I began to see the importance of a good lyrics. 'Good' is subjective though..

The Climb gives me the courage to move on considering the negative energy that surrounds me currently. Sounds pathetic kan?? It's true but definitely it came second after seeking comfort and guidance from Allah SWT The Almighty..


The Climb by Miley Cyrus

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the
other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith,


Good job lyric writer!

Wednesday, June 17, 2009

Apa yang paling menggembirakan anda?


Dah ada jawapan untuk soalan Kak Naz tu?

Sebenarnya tak de jawapan betul atau salah pun. Semua bergantung pada diri masing-masing.

Situasi gembira pun banyak jenisnya..
Ada paling gembira bila duduk sorang2.. Biasanya orang camni gembiranya akan hilang bila perlu bersosial, macam anak buah Kak Naz si Izzat Iman.

Ada yang gembira bila dikelilingi sahabat, keluarga atau orang tersayang..Ni Kak Naz boleh masuk book sebab percubaan duduk sorang2 tak menjadi sebab Kak Naz boleh mati kutu kalau duduk sorang2 (Oh ya! Kak Naz masih solo..heheh). Dah pernah cuba masa kat Uni dulu.. Masa tu kena balik awal seminggu dari housemate sebab nak siapkan projek. Sepi betul sampai cakap sorang2...

Ada yang gembira kalau dapat baca Novel.. Sekali dah pegang, susah nak letak. Tak tidur sampai pagi pun sanggup..

Ada yang gembira kalau dapat pergi shopping. Eh, yang ni hampir semua wanita cam ni kan?

Ada yang gembira bila menang hadiah.. Tak kisahlah, pertandingan apa pun.

Ada yang gembira sebab ada gaji besar, rumah besar, kereta besar, baju mahal, suami jutawan, cuti kat oversea etc..etc. etc..

Tapi betul ker semua tu dapat buat kita betul2 gembira? Memang boleh. Gambira atau tidak kita yang tentukan. Kalau kita nak, kita boleh jadikan setiap detik hidup kita menggembirakan. Semuanya difikiran kita.. Meh nyanyi ramai2..'Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Kau Pasti Boleh Melakukan.." Sila habiskan nyanyian masing2..

Selain set kat fikiran yang kita boleh happy pada bila2 masa kita nak, bagi Kak Naz, kegembiraan sejati ialah apabila Kak Naz dapat menggembirakan orang lain... Rasanya memang umph!

Monday, June 08, 2009

Malaysia boleh, Kak Naz pun boleh..!!!

Eh... Apahal Kak Naz semangat sangat?

Akhirnya, hajat nak jadi penulis dah tercapai.. walau cuma di blog..

Dulu, Kak Naz ada tulis cerpen dan cerpen tu Kak Naz sorok dalam almari sebab tak ada keyakinan..

Tetapi..DENGAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH (baca dengan nada TEGAS dan YAKIN ya!).. Kak Naz akan mula publish idea dan pendapat untuk tatapan orang lain!!!

Thanks Kala, Lily, Noreen dan yang lain yang tahu minat terpendam Kak Naz ni.. Dorongan kalian memang berkesan..

Cukup dulu buat kali ni.. Jumpa di entri seterusnya..