Dah ada jawapan untuk soalan Kak Naz tu?
Sebenarnya tak de jawapan betul atau salah pun. Semua bergantung pada diri masing-masing.
Situasi gembira pun banyak jenisnya..
Ada paling gembira bila duduk sorang2.. Biasanya orang camni gembiranya akan hilang bila perlu bersosial, macam anak buah Kak Naz si Izzat Iman.
Ada yang gembira bila dikelilingi sahabat, keluarga atau orang tersayang..Ni Kak Naz boleh masuk book sebab percubaan duduk sorang2 tak menjadi sebab Kak Naz boleh mati kutu kalau duduk sorang2 (Oh ya! Kak Naz masih solo..heheh). Dah pernah cuba masa kat Uni dulu.. Masa tu kena balik awal seminggu dari housemate sebab nak siapkan projek. Sepi betul sampai cakap sorang2...
Ada yang gembira kalau dapat baca Novel.. Sekali dah pegang, susah nak letak. Tak tidur sampai pagi pun sanggup..
Ada yang gembira kalau dapat pergi shopping. Eh, yang ni hampir semua wanita cam ni kan?
Ada yang gembira bila menang hadiah.. Tak kisahlah, pertandingan apa pun.
Ada yang gembira sebab ada gaji besar, rumah besar, kereta besar, baju mahal, suami jutawan, cuti kat oversea etc..etc. etc..
Tapi betul ker semua tu dapat buat kita betul2 gembira? Memang boleh. Gambira atau tidak kita yang tentukan. Kalau kita nak, kita boleh jadikan setiap detik hidup kita menggembirakan. Semuanya difikiran kita.. Meh nyanyi ramai2..'Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Kau Pasti Boleh Melakukan.." Sila habiskan nyanyian masing2..
Selain set kat fikiran yang kita boleh happy pada bila2 masa kita nak, bagi Kak Naz, kegembiraan sejati ialah apabila Kak Naz dapat menggembirakan orang lain... Rasanya memang umph!
Wednesday, June 17, 2009
Apa yang paling menggembirakan anda?
Posted by Kak Naz at 21:25
Labels: Yakin boleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment