Wednesday, June 24, 2009

Kek Favourite Kak Naz - Chocolate Cake

Kak Naz memang suka makan kek coklat.

Kek coklat yang Kak Naz suka mesti kaya rasa coklatnya, lembap, halus teksturnya dan padat. Hai, meleleh air liur... Teringat Kek Coklat air tangan Kak Nani Rostam.. Memang yummy! Kalau nak order gi kat http://nanirostam.blogspot.com atau http://inibelogsaya.blogspot.com untuk order(iklan ikhlas.)




    Disebabkan Kak Naz suka makan, banyak jugak resepi yang Kak Naz cuba.. Ada satu resepi yg pernah Kak Naz cuba masa umur sweet 16 dulu memang menepati cita rasa tapi sampai la ni dok cari resepi tu, tak jumpa2 lagi..

    Terbaru, hari Isnin lepas, Kak Naz cuba lagi satu resepi yg dapat kat surat khabar. Wah.. walau simple resepinya, rasanya memang mengancam..Tapi tekstur terlebih padat..dan Mama kata kurang manis (bagi Kak Naz dah okey). Kak Naz adun guna tangan.. Ikut kederat, bila penat, stop.. pas tu sambung balik.. Overall, okey sangat kat lidah Kak Naz. Resepinya ada kat bawah.


    Kek Coklat Istimewa
    250gm butter
    2 cwn gula pasir halus
    2 cwn tepung gandum
    2 cawan serbuk koko
    5 biji telur (asing putih dan kuning telur)
    1 sudu teh soda bikarbonat (ayak terlebih dahulu)
    1 cawan air atau susu segar (yang telah disejukkan@didinginkan dlm peti sejuk)

    Cara membuatnya
    Pukul gula dan butter hingga kembang.
    Masukkan telur kuning sebiji sebiji dan diikuti telur putih.
    Masukkan esen vanilla dan air yang telah disejukkan.
    Masukkan tepung, koko dan soda bikarbonat.
    Setelah sebati masukkan ke dalam acuan yang telah disapu margein dan tepung supaya tidak melekat.
    Bakar 40 minit pd suhu 180 C.

    Resepi ni sangat mudah.. Cubalah!

    0 comments: