Selamat Pengantin Baru untuk Uncle Samsharol &Untie Afidah yang baru melangsungkan majlis persandingan Ahad lepas. Mereka ni memang sangat jauh lebih muda dari Kak Naz tetapi 'title' uncle & untie tu wujud sebab uncle atau nama comelnya Acik Ayol adalah adik Mama.
Semoga perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin..
Dalam kesibukan semua orang membuat persiapan kenduri, Kak Naz dan Liyana sempat menyusup keluar untuk menggunting rambut . Liyana duduk asrama jadi susah sikit nak bawak dia keluar dan Kak Naz dah janji dengan Liyana sejak 2 bulan lalu untuk bawak dia ke salun kawan Kak Naz. Malangnya salun tersebut telah ditutup untuk pengubahsuaian dan pengambilalihan. Rupanya kawan Kak Naz dah jual bisnes beliau.. Sedihnya.. bukan apa, Kak Naz sangat suka konsep salun tersebut yang Islamik. Maksud Kak Naz, kita bebas membuka tudung di situ kerana salun tersebut hanya untuk wanita dan tertutup.
Lalu bermulalah misi mencari kedai gunting yang diusahakan oleh wanita Muslim... Jenuh juga nak cari... Memang ada beberapa salun milik wanita Muslim dekat2 rumah Kak Naz iaitu milik Kak A tapi tak Islamik sebab dinding dan pintu salun beliau dibuat dari kaca jadi orang lalu lalang boleh nampak kita kat dalam..Skill menggunting beliau? Kak Naz bagi 3 per 10. Kedai si B pulak bercampur lelaki dan perempuan, tengah baik punya gunting rambut, tup2 ada lak boyfriend/suami (tak sure) si penggunting rambut datang lepak bersama2 rakannya...Berapa bintang untuk skill beliau? 2 bintang dari 5 bintang.. Kedai adik C pulak, memang Islamik sebab beliau tak benarkan orang lelaki masuk dan tempat memang tertutup habis...tapi, kekurangan tenaga pekerja. Salun beliau tawarkan macam2 perkhidmatan eg gunting rambut, facial, andaman, spa etc tapi beliau cuma seorang. Kalau dah ada orang buat facial, tak de sapa boleh gunting rambut. Banyak kali pergi tapi direject sebab beliau busy. Rating? Tak boleh bagi sebab langsung tak berpeluang. Kedai Kak D pulak sama macam kedai adik C, tawar macam2 perkhidmatan tapi tenaga kerja asyik bertukar ganti dan bab gunting rambut, tak asing2 lelaki perempuan. Lagi pun gunting rambut tu cuma side activity. Pernah Kak Naz nampak anak perempuan beliau yang umur 9 tahun tolong buat highlight kat rambut seorang lelaki Indon. Walau beliau baru 9 tahun, tahap keyakinan beliau sangat tinggi... Tabik untuk adik M! Rating untuk skill gunting rambut kak D? 3 per 10. Kak E pula beroperasi dari rumah dan beliau buat secara sampingan sebab beliau ada kerja lain. Dah namanya sampingan, susah nak gi terjah jer. Kena buat appointment kalau tak nak kecewa. Beliau bekas jurumekap artis tahun 80an. Skill gunting rambut? 7 per 10.
Berbalik kepada ekspedisi mencari kedai gunting, Kak Naz memandu di sekitar kampung lalu terjumpa satu kedai runting rambut milik wanita Melayu (berdasarkan nama salun). Bingo! Misi mencari dah selesai.. Dengan tak sabarnya Liyana mengambil tempat dan lepas tu Kak Naz. Kak Naz cuma minta rambut dipotong separas bahu dan dinipiskan sebab rambut dah tak muat masuk dalam 'keroncot'. Apa yang Kak Naz minta memang dapat TAPI hasil akhirnya kurang memuaskan hati.. Rambut Kak Naz sudah separa bahu dan dah nipis, tapi bentuknya tak keruan.. Aduih.. Nak suruh repair dah tak yakin sebab beliau tak kemahiran sangat. Tapi Kak Naz tak salahkan beliau sebab Kak Naz tak define betul2 apa yang Kak Naz nak. Tak pe.. Kak Naz tunggu rambut panjang balik sebelum buat misi cari kedai lain..
Sebenarnyakan, sejak kecil sampai sebelum dapat seru, Kak Naz selamba je pergi serah rambut kepada tukang gunting Cina. Ada 3 yang jadi feveret, Nyonya Ranggi kat pekan P, Nyonya Peramah dan Sempoi kat NS dan Asoh tua kat Bandar K. Kat diorang ni, tak payah cakap banyak, hasilnya memang puas hati.. Tapi memandangkan kita wajib tutup rambut kita dari wanita bukan Muslim dan kerana salun mereka ni memang campur lelaki perempuan, wajiblah Kak Naz elakkan.
Berdasarkan pengalaman, Kak Naz dapat rumuskan, tempat Kak Naz atau mungkin Malaysia secara amnya, memang kekurangan tukang gunting rambut wanita Muslim yang berkemahiran tinggi dan juga menjaga aurat pelanggannya.
Kalau ada yang tak setuju, bolehlah rekemen kat Kak Naz tempat yang bagus ya!
Tuesday, June 16, 2009
Selamat Pengantin Baru & Gunting Rambut
Posted by Kak Naz at 23:23
Labels: Kaki komplen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment