Friday, June 19, 2009

Cool dip



Musim panas (ehem.. bukan SUMMER ya!) belum tau bila boleh reda. Kepanasan yang melanda menjadikan Kak Naz cepat rimas dan mudah naik ANGIN ( tengok..salahkan cuaca konon, padahal diri sendiri yg emo..)



Masa2 macam nilah yang mengingatkan Kak Naz kepada kedinginan air sungai di Kalumpang Resort. Kak Naz dah 2 kali ke sana.. Kalau nak berpiknik ke sana bayaran yang dikenakan adalah RM5 sorang. Kalau nak menginap, Chalet memang ada.. Tp silalah buat tempahan awal..



Kalumpang Resort sederhana tapi sangat menarik.. Dikelilingi suasana hijau yang damai (lagu 'Rimba' dari Nowseeheart sedang berkumandang sebagai muzik latar). Ish!! Kak Naz memang seronok kat situ..



Kat situ ada mini (sgt mini) Zoo. Ada surau yang air paipnya (eh, ntah2 air sungai kot) sangat dingin, dewan untuk mesyuarat dan lain2 kemudahan untuk kursus Bina Insan, Bina Semangat, Hari Keluarga, Team Building atau yang sekufu dengannya. Nak lepak2 saja2 pun boleh..Tapi, air sungai agak deras untuk kanak2, jadi emak ayah kena hati2 bila bawak anak.. Kedudukannya nun di belakang kampung orang, dicelah2 kebun@dusun durian dan buah2an lain. Masa mula2 nak ke situ memang cuak sebab ingat dah sesat dalam hutan..


Bilalah boleh ke sana lagi ya??!!

0 comments: