
Selamat Pengantin Baru untuk Uncle Samsharol &Untie Afidah yang baru melangsungkan majlis persandingan Ahad lepas. Mereka ni memang sangat jauh lebih muda dari Kak Naz tetapi 'title' uncle & untie tu wujud sebab uncle atau nama comelnya Acik Ayol adalah adik Mama.
Semoga perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin..
Dalam kesibukan semua orang membuat persiapan kenduri, Kak Naz dan Liyana sempat menyusup keluar untuk menggunting rambut . Liyana duduk asrama jadi susah sikit nak bawak dia keluar dan Kak Naz dah janji dengan Liyana sejak 2 bulan lalu untuk bawak dia ke salun kawan Kak Naz. Malangnya salun tersebut telah ditutup untuk pengubahsuaian dan pengambilalihan. Rupanya kawan Kak Naz dah jual bisnes beliau.. Sedihnya.. bukan apa, Kak Naz sangat suka konsep salun tersebut yang Islamik. Maksud Kak Naz, kita bebas membuka tudung di situ kerana salun tersebut hanya untuk wanita dan tertutup.
Lalu bermulalah misi mencari kedai gunting yang diusahakan oleh wanita Muslim... Jenuh juga nak cari... Memang ada beberapa salun milik wanita Muslim dekat2 rumah Kak Naz iaitu milik Kak A tapi tak Islamik sebab dinding dan pintu salun beliau dibuat dari kaca jadi orang lalu lalang boleh nampak kita kat dalam..Skill menggunting beliau? Kak Naz bagi 3 per 10. Kedai si B pulak bercampur lelaki dan perempuan, tengah baik punya gunting rambut, tup2 ada lak boyfriend/suami (tak sure) si penggunting rambut datang lepak bersama2 rakannya...Berapa bintang untuk skill beliau? 2 bintang dari 5 bintang.. Kedai adik C pulak, memang Islamik sebab beliau tak benarkan orang lelaki masuk dan tempat memang tertutup habis...tapi, kekurangan tenaga pekerja. Salun beliau tawarkan macam2 perkhidmatan eg gunting rambut, facial, andaman, spa etc tapi beliau cuma seorang. Kalau dah ada orang buat facial, tak de sapa boleh gunting rambut. Banyak kali pergi tapi direject sebab beliau busy. Rating? Tak boleh bagi sebab langsung tak berpeluang. Kedai Kak D pulak sama macam kedai adik C, tawar macam2 perkhidmatan tapi tenaga kerja asyik bertukar ganti dan bab gunting rambut, tak asing2 lelaki perempuan. Lagi pun gunting rambut tu cuma side activity. Pernah Kak Naz nampak anak perempuan beliau yang umur 9 tahun tolong buat highlight kat rambut seorang lelaki Indon. Walau beliau baru 9 tahun, tahap keyakinan beliau sangat tinggi... Tabik untuk adik M! Rating untuk skill gunting rambut kak D? 3 per 10. Kak E pula beroperasi dari rumah dan beliau buat secara sampingan sebab beliau ada kerja lain. Dah namanya sampingan, susah nak gi terjah jer. Kena buat appointment kalau tak nak kecewa. Beliau bekas jurumekap artis tahun 80an. Skill gunting rambut? 7 per 10.
Berbalik kepada ekspedisi mencari kedai gunting, Kak Naz memandu di sekitar kampung lalu terjumpa satu kedai runting rambut milik wanita Melayu (berdasarkan nama salun). Bingo! Misi mencari dah selesai.. Dengan tak sabarnya Liyana mengambil tempat dan lepas tu Kak Naz. Kak Naz cuma minta rambut dipotong separas bahu dan dinipiskan sebab rambut dah tak muat masuk dalam 'keroncot'. Apa yang Kak Naz minta memang dapat TAPI hasil akhirnya kurang memuaskan hati.. Rambut Kak Naz sudah separa bahu dan dah nipis, tapi bentuknya tak keruan.. Aduih.. Nak suruh repair dah tak yakin sebab beliau tak kemahiran sangat. Tapi Kak Naz tak salahkan beliau sebab Kak Naz tak define betul2 apa yang Kak Naz nak. Tak pe.. Kak Naz tunggu rambut panjang balik sebelum buat misi cari kedai lain..
Sebenarnyakan, sejak kecil sampai sebelum dapat seru, Kak Naz selamba je pergi serah rambut kepada tukang gunting Cina. Ada 3 yang jadi feveret, Nyonya Ranggi kat pekan P, Nyonya Peramah dan Sempoi kat NS dan Asoh tua kat Bandar K. Kat diorang ni, tak payah cakap banyak, hasilnya memang puas hati.. Tapi memandangkan kita wajib tutup rambut kita dari wanita bukan Muslim dan kerana salun mereka ni memang campur lelaki perempuan, wajiblah Kak Naz elakkan.
Berdasarkan pengalaman, Kak Naz dapat rumuskan, tempat Kak Naz atau mungkin Malaysia secara amnya, memang kekurangan tukang gunting rambut wanita Muslim yang berkemahiran tinggi dan juga menjaga aurat pelanggannya.
Kalau ada yang tak setuju, bolehlah rekemen kat Kak Naz tempat yang bagus ya!
Tuesday, June 16, 2009
Selamat Pengantin Baru & Gunting Rambut
Posted by Kak Naz at 23:23 0 comments
Labels: Kaki komplen
Wednesday, June 10, 2009
Satu Undang-Undang Yang Luarbiasa..
Sebenarnya dalam dunia ni banyak undang-undang yang luarbiasa.. Tak caya, cuba cari dalam internet...
Tapi Kak Naz nak kongsi dengan semua, 1 undang-undang yang memang luarbiasa yang baru sebulan Kak Naz tau.. Cuba teka undang-undang apa?
Okeylah.. Kejadian sebenar ni berlaku di sebuah asrama milik sebuah organisasi..
Organisasi ni menyediakan asrama dengan kadar yang sangat minimum.. Semua orang mampu terbang..err..semua orang mampu duduk kat situ. Jadi, bila kadar dah minimum, tentu kita tak boleh harapkan kemudahan setaraf hotel 5 bintang kan?! Okey, semua setuju...!?
Al-kisahnya demi memanjangkan hayat kemudahan yang disediakan, satu peraturan telah dibuat dan penghuni mesti tandatangan surat masuk asrama. Kat dalam perjanjian tu berderet lah segala macam peraturan..
Tup..tup.. ada pulak satu undang-undang yang tak termasuk dalam perjanjian tapi seorang hamba ALLAH telah mendapat surat amaran sebab melanggar undang-undang tu.. Para peguam di luar sana sila komen..
Nak tau undang-undang apa tu??? Jeng..jeng..jeng..(poyo suspen)
"ANDA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN TILAM ANDA UNTUK:-
1. Meletakkan pakaian.
2. Meletakkan pinggan mangkuk.
3. Duduk " .. dan lagi..dan lagi...
Haa.. nampak tak kat mana yang luar biasanya tu? Cuba baca betol2...
No 1 - okeylah.. kita boleh beli almari plastik berzip
No 2 - tak pe..rak pinggan mangkuk kan ada jual..tak pun susun surat khabar kat lantai, pastu tangkupkan pinggan mangkuk kita ya tuan-puan, adik kakak...
No 3 - lagi kacang.. duduk je atas lantai.. belilah tikar mengkuang ker..tikar getah ker..saprah ker.. tak pun surat khabar....
Jadi, apa yang luar biasanya Kak Naz???
Ish..memanglah nampak macam tak luarbiasa tapi sebenarnya bila si hamba ALLAH meminta penjelasan lanjut akan rasionalnya undang2 tersebut, MAKA terserlahlah KELUARBIASAANnya..
Rupanya tilam yang disediakan memang HARAM digunakan untuk tujuan:-
1. berehat2 sambil tak buat apa2 walau apa pun posisi kita
2. dengar MP3
3. membaca
4. layan telepon ker ..berSMS
5. berangan
6. main gitar
7. pendekata apa2 saja perbuatan yang bukan TIDUR!!
Alasan???
Untuk memanjangkan jangka-hayat SI TILAM yang malang.................. HAH??
Nampak sangat tilam murah!!! Ni yang buat Kak Naz BERANGIN sekejap bercampur KELAKAR!!!
Aduyai.. cuba pejam mata dan sila bayangkan cara untuk naik ke katil tanpa melibatkan posisi duduk... Iya.. cuba bayangkan... bayangkan kita terpaksa buat aksi lompat tinggi sambil mengadjust badan supaya bila landing atas tilam nanti badan kita akan terus cantik jer dalam posisi baring dan pastikan anda terus lelap secara automatik.......................... SIKSANYA!!!!!
Terus pejamkan mata... bayangkan pula bila kita bangun pagi esoknya.. apa perlu kita buat?? Iya.. betul tu, kita hanya perlu menggolekkan badan ke lantai!!! Ni yang buat Kak Naz rasa kelakar sampai tak boleh nak berhenti ketawa....................... APA PUNYA UNDANG2!
Sekiranya sipembuat undang2 terbaca entri ni, no hard feeling please..! I was trying to be reasonable..
Imagine, how are we going to justify that the poor 'TILAM' had undergone a severe torture due to people sitting on it or the sleeping itself that caused the wear and tear? Any validation study conducted?
Entahlah, Kak Naz memang kagum dengan si pembuat undang-undang.. Yang pastinya, dia memang penyumbang kepada penjimatan terbesar organisasi... iaitu tempoh pembelian tilam baru dapat dipanjangkan dari setahun sekali ke 5 tahun sekali..!! Percaya ker? Gasak!
Posted by Kak Naz at 21:37 0 comments
Labels: Kaki komplen