Sunday, July 12, 2009

Kek Coklat Lagi...

Tengahari tadi Kak Naz bikin kek coklat lagi... Kali ni resepi lain pulak..

Kek Coklat tanpa butter

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang


Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe atau 1 sachet kopi Radix (mai secawan!)


Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak atau mentega

Cara-cara membuatnya
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.






Hasilnya, kek tu merekah teruk kat permukaan.. Frust! Tapi memandangkan nak kena hidang kat tetamu, gagahkan jugak lah memotongnya.. Wah! sebaik sahaja terserlah tekstur dalaman kek tersebut, Kak Naz terus jatuh hati sebab memang moist dan halus giler!! Ditambah dengan topping, rasanya semakin ok dan hasilnya, kek Kak Naz yang tak jadi, habis dijamah para tetamu. Alhamdullilah!

Lepas ni nak cari resepi kek coklat yang lain pulak...
The journey never ends!

0 comments: