Wednesday, June 24, 2009

Apa ada kat Pulau Indah?



Pulau Indah?? Kat mana tu?

Haa.. bagi yang tak tau, Pulau Indah terletak kat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor. Dulu namanya Pulau Lumut tapi telah ditukar oleh DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ke nama sekarang, sesuai dengan wajah baru yang lebih moden..

Pulau Indah ada dua wajah.. Satu perkampungan tradisi dan satu lagi Pelabuhan Barat dan kawasan industri yang maju dan canggih. STAR CRUISE pun berlabuh kat sini.

Perkampungan tradisi Pulau Indah selalu juga jadi lokasi drama, filem dan iklan. Drama terbaru yang Zul Huzaimi jadi Mat Rempit tuh (aired on 12/06/09@TV3)shoot kat Pulau Indah. Filem Puteri Gunung Ledang pun ada scene shoot kat situ i.e. scene naik kuda, bertarung kat selut dalam hujan etc. Iklan raya yang budak tu balik kampung bawak robot dan dapat buah tangan ayam sekor, iklan keselamatan jalan raya dan beberapa lagi lah, pun shoot kat situ..

Bagi Kak Naz, Pulau Indah syurga pemancing ikan.. Laguna park, Anglers Resort, Pantai Acheh, STAR Cruise memang sesuai untuk kaki joran..


Jeti Laguna Park [upload dari Deng Kam/MyKlang - harap Deng Kam tak mintak royalti ya:)]


Ini gambar kat jeti Anglers resort (merangkap nak show-off anak2 buah yang comel.. heehehe)




Kaki pancing yang belum menjejakkan kaki ke Pulah Indah, SILALAH!

Kek Favourite Kak Naz - Chocolate Cake

Kak Naz memang suka makan kek coklat.

Kek coklat yang Kak Naz suka mesti kaya rasa coklatnya, lembap, halus teksturnya dan padat. Hai, meleleh air liur... Teringat Kek Coklat air tangan Kak Nani Rostam.. Memang yummy! Kalau nak order gi kat http://nanirostam.blogspot.com atau http://inibelogsaya.blogspot.com untuk order(iklan ikhlas.)




    Disebabkan Kak Naz suka makan, banyak jugak resepi yang Kak Naz cuba.. Ada satu resepi yg pernah Kak Naz cuba masa umur sweet 16 dulu memang menepati cita rasa tapi sampai la ni dok cari resepi tu, tak jumpa2 lagi..

    Terbaru, hari Isnin lepas, Kak Naz cuba lagi satu resepi yg dapat kat surat khabar. Wah.. walau simple resepinya, rasanya memang mengancam..Tapi tekstur terlebih padat..dan Mama kata kurang manis (bagi Kak Naz dah okey). Kak Naz adun guna tangan.. Ikut kederat, bila penat, stop.. pas tu sambung balik.. Overall, okey sangat kat lidah Kak Naz. Resepinya ada kat bawah.


    Kek Coklat Istimewa
    250gm butter
    2 cwn gula pasir halus
    2 cwn tepung gandum
    2 cawan serbuk koko
    5 biji telur (asing putih dan kuning telur)
    1 sudu teh soda bikarbonat (ayak terlebih dahulu)
    1 cawan air atau susu segar (yang telah disejukkan@didinginkan dlm peti sejuk)

    Cara membuatnya
    Pukul gula dan butter hingga kembang.
    Masukkan telur kuning sebiji sebiji dan diikuti telur putih.
    Masukkan esen vanilla dan air yang telah disejukkan.
    Masukkan tepung, koko dan soda bikarbonat.
    Setelah sebati masukkan ke dalam acuan yang telah disapu margein dan tepung supaya tidak melekat.
    Bakar 40 minit pd suhu 180 C.

    Resepi ni sangat mudah.. Cubalah!

    Sunday, June 21, 2009

    Kat mana??????

    Hati ni Kak Naz runsing. Runsing sebab dokumen yang sangat2 Kak Naz perlukan tika dan saat ini, TAK DAPAT DIKESAN!!




    Puas Kak Naz cari.. Di pejabat, di rumah, dalam kereta.. Memori terakhir, dokumen tu berada dalam kereta.. Tapi puas selongkar semua tempat masih hampa. Kat mana lagi nak cari ni?? : (

    Friday, June 19, 2009

    Cool dip



    Musim panas (ehem.. bukan SUMMER ya!) belum tau bila boleh reda. Kepanasan yang melanda menjadikan Kak Naz cepat rimas dan mudah naik ANGIN ( tengok..salahkan cuaca konon, padahal diri sendiri yg emo..)



    Masa2 macam nilah yang mengingatkan Kak Naz kepada kedinginan air sungai di Kalumpang Resort. Kak Naz dah 2 kali ke sana.. Kalau nak berpiknik ke sana bayaran yang dikenakan adalah RM5 sorang. Kalau nak menginap, Chalet memang ada.. Tp silalah buat tempahan awal..



    Kalumpang Resort sederhana tapi sangat menarik.. Dikelilingi suasana hijau yang damai (lagu 'Rimba' dari Nowseeheart sedang berkumandang sebagai muzik latar). Ish!! Kak Naz memang seronok kat situ..



    Kat situ ada mini (sgt mini) Zoo. Ada surau yang air paipnya (eh, ntah2 air sungai kot) sangat dingin, dewan untuk mesyuarat dan lain2 kemudahan untuk kursus Bina Insan, Bina Semangat, Hari Keluarga, Team Building atau yang sekufu dengannya. Nak lepak2 saja2 pun boleh..Tapi, air sungai agak deras untuk kanak2, jadi emak ayah kena hati2 bila bawak anak.. Kedudukannya nun di belakang kampung orang, dicelah2 kebun@dusun durian dan buah2an lain. Masa mula2 nak ke situ memang cuak sebab ingat dah sesat dalam hutan..


    Bilalah boleh ke sana lagi ya??!!

    Ayah.. Kak Long Sayang Ayah












    Selamat Hari Bapa..

    Semoga Allah kurniakan ayah umur yang panjang dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah2 dan kebahagian dunia dan akhirat..

    Ayah - Bapa yang Penyabar, Penyayang, Sporting, Prihatin, Gigih Berusaha, Funny, Pandai Berdiplomasi, Sentiasa Segak & Kemas (walau untuk ke Pasar)

    Kak Long dan adik-adik Saaaayaaaaaang Ayah..

    Wednesday, June 17, 2009

    Apa yang paling menggembirakan anda?


    Dah ada jawapan untuk soalan Kak Naz tu?

    Sebenarnya tak de jawapan betul atau salah pun. Semua bergantung pada diri masing-masing.

    Situasi gembira pun banyak jenisnya..
    Ada paling gembira bila duduk sorang2.. Biasanya orang camni gembiranya akan hilang bila perlu bersosial, macam anak buah Kak Naz si Izzat Iman.

    Ada yang gembira bila dikelilingi sahabat, keluarga atau orang tersayang..Ni Kak Naz boleh masuk book sebab percubaan duduk sorang2 tak menjadi sebab Kak Naz boleh mati kutu kalau duduk sorang2 (Oh ya! Kak Naz masih solo..heheh). Dah pernah cuba masa kat Uni dulu.. Masa tu kena balik awal seminggu dari housemate sebab nak siapkan projek. Sepi betul sampai cakap sorang2...

    Ada yang gembira kalau dapat baca Novel.. Sekali dah pegang, susah nak letak. Tak tidur sampai pagi pun sanggup..

    Ada yang gembira kalau dapat pergi shopping. Eh, yang ni hampir semua wanita cam ni kan?

    Ada yang gembira bila menang hadiah.. Tak kisahlah, pertandingan apa pun.

    Ada yang gembira sebab ada gaji besar, rumah besar, kereta besar, baju mahal, suami jutawan, cuti kat oversea etc..etc. etc..

    Tapi betul ker semua tu dapat buat kita betul2 gembira? Memang boleh. Gambira atau tidak kita yang tentukan. Kalau kita nak, kita boleh jadikan setiap detik hidup kita menggembirakan. Semuanya difikiran kita.. Meh nyanyi ramai2..'Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Kau Pasti Boleh Melakukan.." Sila habiskan nyanyian masing2..

    Selain set kat fikiran yang kita boleh happy pada bila2 masa kita nak, bagi Kak Naz, kegembiraan sejati ialah apabila Kak Naz dapat menggembirakan orang lain... Rasanya memang umph!

    Tuesday, June 16, 2009

    Selamat Pengantin Baru & Gunting Rambut


    Selamat Pengantin Baru untuk Uncle Samsharol &Untie Afidah yang baru melangsungkan majlis persandingan Ahad lepas. Mereka ni memang sangat jauh lebih muda dari Kak Naz tetapi 'title' uncle & untie tu wujud sebab uncle atau nama comelnya Acik Ayol adalah adik Mama.


    Semoga perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin..


    Dalam kesibukan semua orang membuat persiapan kenduri, Kak Naz dan Liyana sempat menyusup keluar untuk menggunting rambut . Liyana duduk asrama jadi susah sikit nak bawak dia keluar dan Kak Naz dah janji dengan Liyana sejak 2 bulan lalu untuk bawak dia ke salun kawan Kak Naz. Malangnya salun tersebut telah ditutup untuk pengubahsuaian dan pengambilalihan. Rupanya kawan Kak Naz dah jual bisnes beliau.. Sedihnya.. bukan apa, Kak Naz sangat suka konsep salun tersebut yang Islamik. Maksud Kak Naz, kita bebas membuka tudung di situ kerana salun tersebut hanya untuk wanita dan tertutup.


    Lalu bermulalah misi mencari kedai gunting yang diusahakan oleh wanita Muslim... Jenuh juga nak cari... Memang ada beberapa salun milik wanita Muslim dekat2 rumah Kak Naz iaitu milik Kak A tapi tak Islamik sebab dinding dan pintu salun beliau dibuat dari kaca jadi orang lalu lalang boleh nampak kita kat dalam..Skill menggunting beliau? Kak Naz bagi 3 per 10. Kedai si B pulak bercampur lelaki dan perempuan, tengah baik punya gunting rambut, tup2 ada lak boyfriend/suami (tak sure) si penggunting rambut datang lepak bersama2 rakannya...Berapa bintang untuk skill beliau? 2 bintang dari 5 bintang.. Kedai adik C pulak, memang Islamik sebab beliau tak benarkan orang lelaki masuk dan tempat memang tertutup habis...tapi, kekurangan tenaga pekerja. Salun beliau tawarkan macam2 perkhidmatan eg gunting rambut, facial, andaman, spa etc tapi beliau cuma seorang. Kalau dah ada orang buat facial, tak de sapa boleh gunting rambut. Banyak kali pergi tapi direject sebab beliau busy. Rating? Tak boleh bagi sebab langsung tak berpeluang. Kedai Kak D pulak sama macam kedai adik C, tawar macam2 perkhidmatan tapi tenaga kerja asyik bertukar ganti dan bab gunting rambut, tak asing2 lelaki perempuan. Lagi pun gunting rambut tu cuma side activity. Pernah Kak Naz nampak anak perempuan beliau yang umur 9 tahun tolong buat highlight kat rambut seorang lelaki Indon. Walau beliau baru 9 tahun, tahap keyakinan beliau sangat tinggi... Tabik untuk adik M! Rating untuk skill gunting rambut kak D? 3 per 10. Kak E pula beroperasi dari rumah dan beliau buat secara sampingan sebab beliau ada kerja lain. Dah namanya sampingan, susah nak gi terjah jer. Kena buat appointment kalau tak nak kecewa. Beliau bekas jurumekap artis tahun 80an. Skill gunting rambut? 7 per 10.


    Berbalik kepada ekspedisi mencari kedai gunting, Kak Naz memandu di sekitar kampung lalu terjumpa satu kedai runting rambut milik wanita Melayu (berdasarkan nama salun). Bingo! Misi mencari dah selesai.. Dengan tak sabarnya Liyana mengambil tempat dan lepas tu Kak Naz. Kak Naz cuma minta rambut dipotong separas bahu dan dinipiskan sebab rambut dah tak muat masuk dalam 'keroncot'. Apa yang Kak Naz minta memang dapat TAPI hasil akhirnya kurang memuaskan hati.. Rambut Kak Naz sudah separa bahu dan dah nipis, tapi bentuknya tak keruan.. Aduih.. Nak suruh repair dah tak yakin sebab beliau tak kemahiran sangat. Tapi Kak Naz tak salahkan beliau sebab Kak Naz tak define betul2 apa yang Kak Naz nak. Tak pe.. Kak Naz tunggu rambut panjang balik sebelum buat misi cari kedai lain..


    Sebenarnyakan, sejak kecil sampai sebelum dapat seru, Kak Naz selamba je pergi serah rambut kepada tukang gunting Cina. Ada 3 yang jadi feveret, Nyonya Ranggi kat pekan P, Nyonya Peramah dan Sempoi kat NS dan Asoh tua kat Bandar K. Kat diorang ni, tak payah cakap banyak, hasilnya memang puas hati.. Tapi memandangkan kita wajib tutup rambut kita dari wanita bukan Muslim dan kerana salun mereka ni memang campur lelaki perempuan, wajiblah Kak Naz elakkan.


    Berdasarkan pengalaman, Kak Naz dapat rumuskan, tempat Kak Naz atau mungkin Malaysia secara amnya, memang kekurangan tukang gunting rambut wanita Muslim yang berkemahiran tinggi dan juga menjaga aurat pelanggannya.


    Kalau ada yang tak setuju, bolehlah rekemen kat Kak Naz tempat yang bagus ya!

    Wednesday, June 10, 2009

    Satu Undang-Undang Yang Luarbiasa..


    Sebenarnya dalam dunia ni banyak undang-undang yang luarbiasa.. Tak caya, cuba cari dalam internet...



    Tapi Kak Naz nak kongsi dengan semua, 1 undang-undang yang memang luarbiasa yang baru sebulan Kak Naz tau.. Cuba teka undang-undang apa?


    Okeylah.. Kejadian sebenar ni berlaku di sebuah asrama milik sebuah organisasi..
    Organisasi ni menyediakan asrama dengan kadar yang sangat minimum.. Semua orang mampu terbang..err..semua orang mampu duduk kat situ. Jadi, bila kadar dah minimum, tentu kita tak boleh harapkan kemudahan setaraf hotel 5 bintang kan?! Okey, semua setuju...!?



    Al-kisahnya demi memanjangkan hayat kemudahan yang disediakan, satu peraturan telah dibuat dan penghuni mesti tandatangan surat masuk asrama. Kat dalam perjanjian tu berderet lah segala macam peraturan..



    Tup..tup.. ada pulak satu undang-undang yang tak termasuk dalam perjanjian tapi seorang hamba ALLAH telah mendapat surat amaran sebab melanggar undang-undang tu.. Para peguam di luar sana sila komen..

    Nak tau undang-undang apa tu??? Jeng..jeng..jeng..(poyo suspen)



    "ANDA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN TILAM ANDA UNTUK:-


    1. Meletakkan pakaian.


    2. Meletakkan pinggan mangkuk.


    3. Duduk " .. dan lagi..dan lagi...



    Haa.. nampak tak kat mana yang luar biasanya tu? Cuba baca betol2...
    No 1 - okeylah.. kita boleh beli almari plastik berzip


    No 2 - tak pe..rak pinggan mangkuk kan ada jual..tak pun susun surat khabar kat lantai, pastu tangkupkan pinggan mangkuk kita ya tuan-puan, adik kakak...


    No 3 - lagi kacang.. duduk je atas lantai.. belilah tikar mengkuang ker..tikar getah ker..saprah ker.. tak pun surat khabar....



    Jadi, apa yang luar biasanya Kak Naz???



    Ish..memanglah nampak macam tak luarbiasa tapi sebenarnya bila si hamba ALLAH meminta penjelasan lanjut akan rasionalnya undang2 tersebut, MAKA terserlahlah KELUARBIASAANnya..

    Rupanya tilam yang disediakan memang HARAM digunakan untuk tujuan:-



    1. berehat2 sambil tak buat apa2 walau apa pun posisi kita


    2. dengar MP3


    3. membaca


    4. layan telepon ker ..berSMS


    5. berangan


    6. main gitar


    7. pendekata apa2 saja perbuatan yang bukan TIDUR!!



    Alasan???

    Untuk memanjangkan jangka-hayat SI TILAM yang malang.................. HAH??



    Nampak sangat tilam murah!!! Ni yang buat Kak Naz BERANGIN sekejap bercampur KELAKAR!!!

    Aduyai.. cuba pejam mata dan sila bayangkan cara untuk naik ke katil tanpa melibatkan posisi duduk... Iya.. cuba bayangkan... bayangkan kita terpaksa buat aksi lompat tinggi sambil mengadjust badan supaya bila landing atas tilam nanti badan kita akan terus cantik jer dalam posisi baring dan pastikan anda terus lelap secara automatik.......................... SIKSANYA!!!!!



    Terus pejamkan mata... bayangkan pula bila kita bangun pagi esoknya.. apa perlu kita buat?? Iya.. betul tu, kita hanya perlu menggolekkan badan ke lantai!!! Ni yang buat Kak Naz rasa kelakar sampai tak boleh nak berhenti ketawa....................... APA PUNYA UNDANG2!



    Sekiranya sipembuat undang2 terbaca entri ni, no hard feeling please..! I was trying to be reasonable..



    Imagine, how are we going to justify that the poor 'TILAM' had undergone a severe torture due to people sitting on it or the sleeping itself that caused the wear and tear? Any validation study conducted?



    Entahlah, Kak Naz memang kagum dengan si pembuat undang-undang.. Yang pastinya, dia memang penyumbang kepada penjimatan terbesar organisasi... iaitu tempoh pembelian tilam baru dapat dipanjangkan dari setahun sekali ke 5 tahun sekali..!! Percaya ker? Gasak!

    Monday, June 08, 2009

    Mind your language

    Today I decided to blog in English... Oh how it felt like I'm writing for my English paper back in school.

    Actually I'm not going to talk about language but the words itselves.


    Words choosen on our daily conversations will reflect our attitude and value in life. Don't you think so? So be careful (reminder for myself too) becoz 'We are what we say'.. Sounds familiar? Yes..?? Not familiar...?? Hahaha..It was supposed to have similar impact to the phrase 'You are what you eat'.. Still didn't get it?
    Try again Kak Naz..

    Malaysia boleh, Kak Naz pun boleh..!!!

    Eh... Apahal Kak Naz semangat sangat?

    Akhirnya, hajat nak jadi penulis dah tercapai.. walau cuma di blog..

    Dulu, Kak Naz ada tulis cerpen dan cerpen tu Kak Naz sorok dalam almari sebab tak ada keyakinan..

    Tetapi..DENGAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH (baca dengan nada TEGAS dan YAKIN ya!).. Kak Naz akan mula publish idea dan pendapat untuk tatapan orang lain!!!

    Thanks Kala, Lily, Noreen dan yang lain yang tahu minat terpendam Kak Naz ni.. Dorongan kalian memang berkesan..

    Cukup dulu buat kali ni.. Jumpa di entri seterusnya..